Saturday, July 17, 2010

Nape Orang Suka Nak Salahkan Orang Lain Tanpa Mencari Punca Dulu?

Salam and Good Day All

Dunia ni mmg penuh dgn bermacam2 dugaan & cabaran. Kalau org yg tak kuat mental, fizikal & spiritual pasti dah kecundang bkn di tgh jalan...blm mula nak berjalan dah terus jatuh tergolek. Apa lg kalau kerja dlm dunia korporat atau pun company besar yg penuh dgn mcm2 bentuk perangai, kelakuan dan budaya kerja dan sistem.

Entahla, kadang2 kita rasa kita dah buat yang terbaik dalam satu2 kerja & kita fikir kita mungkin akan mendapat pujian bg kerja yang kita lakukan...malangnya....org yg mendapat pujian adalah org lain. Apatah lg kalau kita buat silap...yang mana silap itu bukanlah berpunca dari kita tetapi dari aspek lain....eemm...terus je org lain menuding jari pada kita dgn mengatakan "kenapa u buat mcm ni?"...tanpa terlebih dahulu mencari punca dan berbincang bersama2 mencari sebab & cara mengatasi sesuatu masalah itu.

Lebih teruk lagi, bila kita dah berusaha untuk menjelaskan masalah itu berpunca dari sumber yg lain...tp pihak yg satu lg seakan2 memekkan telinga atau sengaja tidak mahu faham akan masalah sebenar yg berlaku. Kita rasa spt kita ini sudah gagal utk menunjukkan prestasi dan kualiti kerja yg diharapkan. Mengapa jadi begitu?....Tak bolehke kita bersama2 duduk berbincang dgn rasional & secara profesional tanpa perlu nak menuding jari ke sana ke mari & lepas itu jadilah satu masalah besar yg mana asalnya hanyalah isu yg masih boleh diselesaikan secara efisyen & efektif.

Inilah realiti kehidupan. Kita bekerja dgn bersungguh2 tanpa mengira penat lelah & meletakkan komitmen yg tinggi dlm apa yg kita lakukan...tp...akhirnya....jika di satu pihak tidak berpuas hati & seolah2 mahu menyalahkan kita atas kesilapan yg berlaku (walaupun bkn berpunca dari kita)...kita tetap juga bersalah....walau mcm mana sekali pun kita cuba menegakkan pendirian.

Ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui...aku insan yg jahil & kerdil memohon ketabahan & kekuatan mental & fizikal serta spiritual dlm mengharungi hidup yg penuh liku & cabaran ini. Sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Berkuasa utk menunjukkan balasan ke atas org2 yg menganiayai org lain...Aminnnn

Wassalam

1 comment:

  1. xpe miz...mak sy selalu pesan biar org wat kte jgn kte wat org. what goes around comes around. kte doa kn je miz

    ReplyDelete